23 December 2016

3 TUN DALAM OTAK MELAYU


Judul: 3 Tun Dalam Otak Melayu
Penulis: Muhaimin Sulam, Abd Ur Rahman Mohamed Amin
Terbitan: KataPilar Books
ISBN: 978-967-2014-05-8
Harga: RM23.00

Tentang Produk:
Buku ini membicarakan soal pemikiran orang Melayu yang tercerna daripada karya-karya Melayu klasik di samping beberapa karya yang terkemudian termasuk novel, lirik lagu dan filem. Kami memilih tiga Tun yang terdiri daripada Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah sebagai susuk nama yang diperbahaskan, dengan menggunakan Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah sebagai sumber rujukan asas tentang ketiga-tiga watak Tun ini. Pemilihan ini adalah berdasarkan karya tersebut mempunyai pengaruh luas terhadap karya-karya yang berikutnya terutama pada abad ke-18.

Apa yang ada dalam kotak pemikiran tiga Tun dalam menghadapi situasi, apa cita-cita dan bagaimana penyelesaian masalah, apa keutamaan dan sebagainya akan diulas dalam tulisan ini. Kupasan terhadap tiga Tun tidak sekadar persoalan gender, sosial dan politik elit tetapi bagaimana penulisan dan pembinaan watak tiga Tun itu juga menggambarkan pemikiran pengarang dan masyarakat sezaman. Tentu sahaja terdapat beratus orang bergelar Tun dalam karya-karya Melayu yang boleh memberi gambaran pemikiran orang Melayu. Namun, ketiga-tiga srikandi itu sendiri dilahirkan dari tulisan dan tangan lelaki!

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: