23 December 2016

MALAIKAT PUTIH YANG SAYAPNYA DILUMATI DARAH


Judul: Malaikat Putih Yang Sayapnya Dilumati Darah
Penulis: Azman Hussin, Fahd Razy, Faisal Tehrani, Ghafirah Idris, Hafizah Iszahanid, Jimadie Shah Othman, Mawar Safei, Nazmi Yaakub, Saharil Hasrin Sanin, SM Zakir, Zainal Rashid Ahmad, Zaniffa Azzura Abdullah
Terbitan: KataPilar Books
ISBN: 978-967-2014-00-3
Harga: RM25.00

Tentang Produk:
Cerpen cinta romantik terpilih 2000-2015.

Api tidak lagi membakar. Air tidak lagi membasah. Tanah tidak lagi menyawai. Angin tidak lagi mengudarai. Semua kehilangan sifat dan zat kerana satu - cinta!
(Syair Bunga dan Pasir, SM Zakir)

Perasaan itu hanya sebesar guli; cuma ia cantik mengilau - dengan spektrum warna pelangi yang halus bagai benang songket. Waktu ia melantun, cahayanya berekor - bagai pelangi, dan bunyinya lembut serta indah sekali. Tiap kali ia jatuh ke lantai, nadanya bagai not piano yang menyusun irama balada; manakala tiap kali bergesel pada dinding, bunyinya merengek bagai biola; nyaring tapi merdu.
(Tiba-tiba Cinta pun Lenyap Entah ke Mana, Zainal Rashid Ahmad)

Tukasmu, aku perempuan berjiwa besar dan jelita. Berjiwa besar kerana aku pengembara. Cantik kerana mataku. Kau langsung memelukku, melafas kata-kata ortodoks ini; I love you!
(Tahun Depan di Jerusalem, Azman Hussin)

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: