14 March 2017

DARI MALAYA KE HIMALAYA




Judul: Dari Malaya Ke Himalaya
Penulis: Mohamad Jafri Ahmad
Terbitan: Mohamad Jafri Ahmad
ISBN: 978-967-1398-203
Harga: RM 22.00

Tentang Produk:
Semua orang boleh mengembara mengelilingi dunia jika ada keinginan dan usaha yang berterusan. Semua orang boleh menawan puncak pergunungan jika ada semangat juang yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh meneroka kawasan mundur dan terpencil jika ada keberanian dan ketabahan.

Travelog ini membawa anda kepada pengalaman empat anak muda yang menjelajah pergunungan Annapurna di Banjaran Himalaya, Nepal. Mereka berjaya menamatkan pendakian walaupun berhadapan dengan salji tebal, suhu yang sangat sejuk, cuaca yang tidak menentu serta ancaman runtuhan salji.

Bagi mereka, tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan perlu meneruskan langkah demi langkah hingga ke titik penamat selain menempuh liku-liku perjalanan dengan sabar dan tenang. Kekuatan fizikal yang dimiliki tidak membawa apa-apa makna dalam sesuatu pengembaraan jika ia tidak disokong oleh kekuatan mental.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: