26 March 2017

NAK KAHWIN DUIT TAK ADA


Judul: Nak Kahwin Duit Tak Ada
Penulis: Naufal Tarmizi
Terbitan: Adiwarna
ISBN: 978-967-0201-788
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Saiful Ammar sudah mengenali Hanis Amirah empat tahun sepanjang pembelajaran mereka bersama di universiti. Mereka sudah membayangkan hubungan mereka akan diakhiri dengan ikatan sakinah pernikahan. Akan tetapi, selepas sahaja mereka menamatkan pelajaran di universiti, Ammar minta untuk ditangguhkan hasrat Hanis Amirah untuk segera berkahwin. Pertemuan Ammar dengan abah Hanis Amirah menyebabkan dia mula terfikir untuk mencari kerja bagi mengumpul wang untuk menampung wang hantaran Hanis Amirah.

Mujur pertemuan Ammar dengan Ramadhan dan Pak Hashim memberi peluang kepada pemuda itu untuk bekerja di kedai runcit. Setelah memperoleh gaji yang pertama, Ammar merasakan gajinya tak mencukupi jika dia mahu segera menyunting Hanis Amirah sebagai isterinya. Maka dia mencari kerja sampingan yang lain pada sebelah malam.

Dalam masa yang sama, ibu Ammar iaitu Puan Zalina inginkan Maria Marissa menjadi calon isteri Ammar. Maria Marissa sudah lama memendam rasa dengan Saiful Ammar sejak dari kecil lagi. Bahkan abah Hanis Amirah , Haji Arshad pula sudah lama berbincang dengan Haji Harun untuk menjodohkan Hanis Amirah dan Badrul. Perbincangan itu semakin serius apabila Saiful Ammar mula terjebak dengan masalah pergeseran antara dua kongsi gelap. Waktu itu Ammar merasakan dirinya sudah pasti kehilangan segala apa yang diimpikannya dengan Hanis Amirah sewaktu bercinta dahulu.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

0 comments: