07 February 2017

PUISI TEPI JALAN


Judul: Puisi Tepi Jalan
Penulis: Fynn Jamal
Terbitan: Rabak-Lit
ISBN: 978-967-11380-1-4
Harga: RM 20.00

Tentang Produk:
Kalau aku adalah tulisan aku, sebuah buku takkan adil mendefinasi aku. Aku perlu dijilidkan-kerana hidup aku berlapis-lapis fasanya. Kerana aku manusia. Dan aku masih berdegil untuk tidak lagi belajar darinya. Selagi aku belum mati, penjilidan seorang aku tetap berterus tak mau berhenti.

Puisi adalah eskapisme aku. Dunia di mana aku boleh lari dan bercerita tanpa perlu menumpahkan semua di dada. Frasa-frasa tergantung menyelamatkan maruah aku dari terus lalai menceritakan semua. 

Kita semua ada rahsia.
Dan puisi adalah peti besi aku.

*diam*

Tapi aku sekadar pencerita.
Dan semua yang mendengar semua cuma mahu mencari kisah mereka dalam cerita aku.

Maka cari.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: