Showing posts with label Dudel. Show all posts
Showing posts with label Dudel. Show all posts

06 December 2016

CERPEN-CERPEN UNDERGROUND


Judul: Cerpen-cerpen Underground
Penulis: Saharil Hasrin Sanin
Terbitan: DuBook Press
ISBN: 978-967-0723-71-6
Harga: RM25.00

Tentang Produk:
Heidegger di dalam buku Sein und Zeit, berkata, "Kita ini, sebagai manusia, menterjemah setiap perkara mengikut sejarah pengalaman kita sendiri." Ertinya, pengalaman kita adalah tempurung yang mengongkong kita daripada berfikir lebih luas. Membaca dan kita akan terjemahkan apa yang kita telah baca itu mengikut didikan.

Melihat penjenayah, sumbang mahram, penagih dadah, dan kita sudah ada stigma, acuan-acuan yang telah dikumpul sepanjang hayat. Kadang-kadang kita terlalu tergesa melabel mereka, kita tidak tahu (seolah-olah tidak mahu tahu?) cerita di sebaliknya.

Kita kena mencipta suara baru, mengeksploit tenaga dan fleksibiliti kita pada segala bentuk idea. Menulis tentang dunia orang muda. Masanya akan tiba nanti apabila orang-orang tua menjadi penat dan yang akan mengubah masa depan terletak dalam tangan orang muda.

- Pascakata Cerpen-cerpen Underground -

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

27 November 2016

ALIEN MENCHARI CHINTA


Judul: Alien Menchari Chinta
Penulis: Ramzah Dambul
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-983-068-962-3
Harga: RM25.00

Tentang Produk:
Mengandungi 55 buah puisi dan 51 lakaran dudel.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178