Judul: Unfair Advantage: Edisi Bahasa Melayu
Penulis: Robert T. Kiyosaki
Penterjemah: Noor Yanty Abu Hassan
Terbitan: PTS Publishing
ISBN: 978-967-369-236-1
Harga: RM 30.00
Tentang Produk:
Harga sebuah ilmu begitu mahal sehinggakan ilmu itu langsung tidak diajar di mana-mana. Begitu
jugalah halnya dengan Ilmu Kewangan. Menerusi buku Unfair Advantage ini, Kiyosaki
mencabar kita semua supaya berhenti menerima kenyataan bahawa kita ditakdirkan untuk
berhempas pulas demi mendapatkan wang dan jaminan hidup.
Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang diidamkan. Robert
mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan
kita iaitu, diri sendiri.
Buku ini adalah berkenaan kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan
oleh ilmu ini:
• Kelebihan Licik Pertama: Ilmu Pengetahuan
• Kelebihan Licik Kedua: Cukai
• Kelebihan Licik Ketiga: Hutang
• Kelebihan Licik Keempat: Risiko
• Kelebihan Licik Kelima: Pampasan
Dalam gaya Rich Dad, Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai
sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu Ilmu kewangan.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Aktivisme Mahasiswa Malaysia
Penulis: Meredith L. Weiss
Penterjemah: Haris Zuan
Terbitan: SIRD
ISBN: 978-967-0960-098
Harga: RM 45.00
Tentang Produk:
Buku ini menjejaki kebangkitan dan kesuraman aktivisme politik mahasiswa di Malaysia. Pada tahun 1970-an, pemerintah memulakan projek “pembendungan intelektual” yang telah menekan mobilisasi ketika itu dan menghalang aktivisme masa hadapan. Projek tersebut sangat berjaya dalam membendung protes mahasiswa, memadamkan warisan penglibatan masa lalu, dan mengawal penghasilan idea-idea baru yang berpotensi bersifat subversif. Cadangan mahasiswa yang inovatif untuk pembaharuan yang sebelumnya bukan sahaja dibenarkan malah juga disambut baik (dalam batasan tertentu) kini dilarang dan tidak digalakkan, mencerminkan bukan sahaja perubahan rejim politik Malaysia, tetapi perubahan budaya politik secara keseluruhan. Kajian yang jitu ini merungkai dinamik mobilisasi khususnya peranan mahasiswa dan universiti dalam perkembangan politik pasca-kolonial.
Kajian ini berteraskan sumber temubual dengan puluhan aktivis mahasiswa dulu dan kini, penerbitan kampus dan media lain yang berusia berdekad-dekad, arkib sejarah baik lisan mahupun bertulis, laporan kerajaan, dan autobiografi serta pengalaman langsung lain dalam mencermati keterkaitan antara pengajian tinggi dan aktivisme mahasiswa, dari awal pengajian tinggi abad kedua puluh di Singapura membawa kepada Malaysia hari ini. Kajian mendalam ini mempersoalkan pandangan umum yang mengatakan mahasiswa dan warga Malaysia secara keseluruhannya kini bersikap “apati”. Buku ini menghujahkan bahawa sikap tidak acuh itu bukan suatu yang tidak terelakkan atau semula jadi, tetapi hasil daripada projek pasifikasi dan depolitisasi sistematik dan berterusan oleh pemerintah yang agak iliberal dan sangat berteraskan pembangunan.
****
Meredith L. Weiss ialah Profesor Madya Sains Politik di Universiti di Albany, SUNY.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Kerajaan: Budaya Politik Melayu di Ambang Pemerintahan Kolonial
Penulis: Anthony Milner
Terbitan: SIRD
ISBN: 978-967-0960-265
Harga: RM 48.00
Tentang Produk:
Sebuah kajian perintis dan provokatif tentang pemikiran politik Melayu di ambang pemerintahan kolonial – berdasarkan sumber-sumber Melayu dan Eropah, dan mengetengahkan isu-isu yang terus menjadi kritikal di Malaysia pada hari ini. Dengan memberi tumpuan kepada semenanjung Tanah Melayu dan Sumatra Utara, Kerajaan adalah buku yang bersifat inovatif pada pendekatannya – sebuah penyiasatan yang penuh dengan metodologi yang dibangunkan dalam bidang antropologi dan kritikan sastera. Buku ini menegaskan bahawa apa-apa analisis pemikiran sosial bukan-Barat adalah penting untuk mencapai sebuah sejarah yang benar-benar global, menyentuh kepelbagaian perspektif dan pengalaman manusia. Pada tahun 2003 Persatuan Pengajian Asia Amerika Syarikat mengangkat Kerajaan sebagai salah satu daripada 25 ‘karya-karya penting dalam kajian sejarah’ dan ‘paling kerap dirujuk dalam kesusasteraan’ bidang sejarah Asia Tenggara.
“… sebuah karya klasik dalam kajian Malaysia oleh sebab penghuraian teori dan empirikal tentang keadaan dan kandungan kerajaan Melayu tradisional … Bagi sesiapa yang ingin mula memahami politik Melayu kontemporari, terutamanya peranan raja-raja Melayu dan akar sosio-sejarah mereka, buku Kerajaan karya Milner ini adalah sesuatu yang wajib dibaca.” – Shamsul A.B.
“Penerbitan semula buku Kerajaan… akan memberi dorongan kepada pengembangan radikal dalam kajian sejarah idea di Asia Tenggara.” – Syed Muhd Khairudin Aljunied
” Milner membuktikan bahawa adalah tidak mustahil untuk mempelajari sejarah melalui bahasa dan sastera tanpa mengasingkan pemikiran dan tindakan.” – Tony Day
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Rumus Di Hatinya
Penulis: Yoko Ogawa
Penterjemah: Normalis Amzah
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-116-3
Harga:RM 30.00
Tentang Produk:
'Ingatanku hanya untuk 80 minit'. Hanya itu keupayaan ingatan yang tinggal buat Profesor Hakase. Seorang ahli matematik yang pintar, hidup terasing dalam dunianya sendiri. Bagi Hakase, tiada yang indah selain nombor perdana, rumus Matematik dan teori nombor, sehinggalah seorang pembantu rumah hadir bersama anak kecilnya. Bagaimanakah kehidupan Hakase dengan kehadiran mereka? Mampukah pembantu rumah itu menembusi dunia asing Hakase?
Yoko Ogawa, penulis kelahiran Okoyama, Jepun ini telah menghasilkan lebih 20 karya dalam bentuk fiksyen dan bukan fiksyen semenjak 1988. Karya beliau, Hakase No Aishita Sushiki ini pernah memenangi Yomiuri Prize pada 2003, dan difilemkan di Jepun dengan tajuk The Professor's Beloved Equation pada 2006. Sebagaimana novel ini yang pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, iaitu The Housekeeper and the Professor, karya beliau yang lain juga banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, seperti Perancis, Jerman dan Poland.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Konsum
Penulis: David Cronenberg
Penterjemah: Ridhwan Saidi
Terbitan: Fixi
ISBN: 978-967-09546-0-8
Harga: RM 25.00
Tentang Produk:
"Jadi," kata Roiphe, selepas cermin itu naik dan turun sebanyak lebih kurang tiga puluh kali," nampaknya ia berkesan. Saya rasa sebuah kamera tetap sebuah kamera. Oh, tengok tu. Itu awak, di dalam tivi kecil di belakang. Hmm. Entah bagaimana ia boleh buat kamu kelihatan jahat. Lihat? Sesuatu di dalam mata." Roiphe menyerahkan kamera kepada Nathan, yang merasakan dia patut menilai gambar sendiri untuk jadi sopan. Roiphe betul. Nathan kelihatan keji dan tidak boleh dipercayai-meski secara kacak yang gelap.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Victoria
Penulis: Knut Hamsun
Penterjemah: Dwicipta
Terbitan: Indie Book Corner
ISBN: 978-602-1599-87-7
Harga: RM 20.00
Tentang Produk:
Kisah indah dan menyentuh tentang cinta masa muda ini dipuji oleh koran New York Times sebagai "suatu capain luar biasa dari lirisme yang gilang gemilang. " Mereka yang dimabuk cinta adalah Johannes, putra pengelola pabrik jagung, dan Vivtoria, putri bangsawan penguasa kastil. Momen-momen kenikmatan puncak cinta mereka yang singkat sama fananya dengan mimpi-mimpi mereka. Terpisah selamanya oleh status sosial mereka dalam masyarakat, mereka menjalani kehidupan yang berbeda, dipaksa oleh keadaan yang melestarikan kekejaman sempitnya status sosial secara turun-temurun. Hanya di bagian akhir, kita bisa menyaksikan ketidakmampuan Victoria untuk hidup tanpa Jones.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp
Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Pengantar Ilmu Jawi
Penulis: Kang Kyoung Seok & Muhammad Syukri Rosli
Terbitan: Klasika Media
ISBN: 978-967-0627-87-8
Harga: RM 25.00
Tentang Produk:
Pengantar Ilmu Jawi membahathkan perihal sejarah, falsafah, rupa, aturan, dan perkembangan bentuk ejaan Jawi warithan. Tujuan utamanya adalah untuk menjadikan Jawi sebagai ilmu alat yang menyeluruh bagi membuka rahsia khazanah persuratan Melayu dengan menjelaskan dasar-dasar kebudayaan Jawi. Pengantar Ilmu Jawi akan menjadi ilmu asas bagi seseorang penuntut yang ingin mengkaji dan menyelidiki persuratan Melayu yang terkandung dalam khazanah naskhah Jawi
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp
Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Terjemahan Isaghuji: Matan Asasi Ilmu Mantiq
Penulis: Asiruddin Al-Abhari
Penterjemah: Naseer Sobree
Terbitan: Baytul Hikma
ISBN: 978-967-13564-2-5
Harga: RM 15.00
Tentang Produk:
Maka inilah sebuah risalah dalam ilmu mantiq. Kami nyatakan apa di dalamnya apa yang sepatutnya dikemukakan bagi sesiapa yang baru bermula dalam sesuatu ilmu.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp
Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Oximel
Penulis: Ibnu Sina
Penterjemah: Naseer Sobree
Terbitan: Baytul Hikmah dengan kerjasama Klasika Media.
ISBN: 978-967-13826-3-9
Harga: RM 30.00
Tentang Produk:
"Saya sebutkan manfaat-manfaat yang besar bagi oximel yang hampir-hampir tiada pada minuman selainnya, iaitu pemotongan, pelembutan dan juga pembukaan tanpa pemanasan. Ini merupakan perkara yang sangat besar manfaatnya dan sangat banyak kebaikannya dalam bidang perubatan, kerana perkara terbesar dalam penjagaan kesihatan ialah menghalang berlakunya penyumbatan dalam tubuh."
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp
Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Manifesto Komunis
Penulis: Karl Marx & Friedrich Engels
Penterjemah: Manya
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-20111-8-7
Harga: RM15.00
Tentang Produk:
Berapakah jumlah kematian akibat Komunisme sejak diperkenalkan?
USSR - 20 juta
China - 65 juta
Vietnam - 1 juta
Korea Utara - 2 juta
Kemboja - 2 juta
Eropah Timur - 1 juta
Amerika Latin - 150,000
Afrika - 1.7 juta
Afghanistan - 1.5 juta
Belum pernah terjadi, hanya dengan satu ideologi, tak kurang dari 100 juta kematian disebabkan olehnya. Adakah kematian ini semuanya berpunca dari kitab berusia 168 tahun ini?
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Lari Dari Siberia
Penulis: Leon Trotsky
Penterjemah: Manya
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-20112-0-0
Harga: RM15.00
Tentang Produk:
Pada 3 Disember Kesatuan Soviet telah dikepung oleh tentera-tentera yang setia kepada kerajaan. Trotsky dan pemimpin-pemimpin Soviet yang lain telah dihadapkan ke pengadilan pada 1906, atas tuduhan menyokong pemberontakan bersenjata. Semasa perbicaraan, Trotsky telah memberikan beberapa ucapan yang terbaik sepanjang hayatnya, dan membuktikan kebolehannya sebagai pemidato yang teragung. Dia disabitkan dengan kesalahan memberontak dan dijatuhkan hukuman buang negara seumur hidup.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Metamorfosis & Kisah-kisah Lain
Penulis: Franz Kafka
Penterjemah: Perewa
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13688-1-7
Harga: RM25.00
Tentang Produk:
Di waktu pagi nan hening, Gregor Samsa bangun dari mimpi buruknya, dia mendapati dirinya bertukar menjadi serangga yang menakutkan. Badannya direbahkan dan merasakan sesuatu yang keras seperti cengkerang di belakang badannya. Jika kepalanya diangkat, dia boleh melihat perutnya yang berwarna coklat serta cembung dan terbahagi pada bahagian yang keras melengkung. Terbahagi kepada tulang rusuk yang melengkung kaku, di atas itulah selimut yang menutup tubuhnya hampir melorot ke bawah. Kaki-kakinya yang banyak, yang sangat kurus jika dibandingkan daripada bahagian tubuhnya yang lain, melambai-lambai tidak berdaya di hadapan kedua matanya.
"Apa yang telah berlaku?"
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Sang Penguasa
Penulis: Niccolo Machiavelli
Penterjemah: Zamir Mohyedin
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13688-6-2
Harga: RM25.00
Tentang Produk:
Sang Penguasa ialah sebuah karya politik yang ditulis oleh Niccolo Machiavelli pada 1513.
Tetapi buku ini tidak diterbitkan sehingga 1532, iaitu lima tahun selepas kematiannya.
"Orang Melayu yang kuat makan budu, makan belacan kena baca buku ni, bagi cerdik sikit masa mengundi nanti," Anas, anak muda Kampung Pisang.
"Kalau semua ahli UMNO baca buku ni, tak ada canlah orang Cina nak memerintah kita," Pak Abu, pengembala lembu kampung sebelah.
"Rafizi ni tak pernah baca buku ni ke dia jadi macam tu la ni?" Ah Chong, bekas ketua perwakilan MCA Bukit Bintang.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Down & Out Di London & Paris
Penulis: George Orwell
Penterjemah: Lokman
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13688-4-8
Harga: RM30.00
Tentang Produk:
Pukul 7:00 pagi, rue du Coq d'Or, Paris.
Kedengaran jeritan-jeritan bengis yang berterusan dari jalan. Madame Monce yang memiliki sebuah hotel kecil bertentangan dengan tempat tinggal saya keluar ke jalan untuk berkata sesuatu kepada seorang penyewa bilik hotelnya di tingkat tiga. Madame Monce memakai kasut besar dan rambut putihnya mengurai ke bawah.
Madame Monce: Perempuan murahan! Berapa kali sudah aku beritahu, jangan penyekkan serangga di dinding! Kau ingat hotel ini engkau yang beli ke? Kenapa kau tak boleh buang ke luar macam orang lain buat? 'Pelacur!'
Perempuan di tingkat tiga: 'Lembu!'
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Mein Kampf Vol. 1
Penulis: Adolf Hitler
Penterjemah: Siti Zul Fatihah
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-20110-40-3
Harga: RM30.00
Tentang Produk:
Pertama kali diterbitkan pada 1925, terjual lebih dari 240,000 naskhah sebelum Hitler menjadi Canselor pada 1933, lebih dari 10 juta dijual setelah tamatnya perang dunia kedua, malahan versi ebook-nya pula menduduki carta ke-4 muat turun di Amazon & ke-3 di iTunes pada 2014 selain terjual keras di India, Amerika dan negara Eropah lainnya.
Penulis buku ini, Adolf Hitler ialah lelaki yang memulakan Perang Dunia Kedua - perang yang membunuh sehingga 60 juta jiwa.
Adakah buku ini, yang ditulis sejurus sebelum dia menjadi Canselor - adalah titik permulaan kepada tragedi peperangan paling dahsyat di muka bumi sehingga kini?
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Mampusnya Sokrates Meneguk Racun
Penulis: Plato
Penterjemah: Perewa
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13688-0-0
Harga: RM25.00
Tentang Produk:
Nyamuk pada lengan ditampar, Hussain sandar pada dinding. Melihat kelibat Khaidir betul dan susun sejadah pada setiap barisan.
"Nak masuk zuhur dah, aku dah ada wuduk. Kalau kau baca sikit lagi, mungkin kau dapat rasa Sokrates ini seolah seorang muslim," kata Khaidir sambil mengibas sejadah.
"Pehhh biar betul kau Dir? Aku baru masuk sikit saja ni."
Angin timur yang masuk dari jendela, meniup perlahan bahu Hussain. Mata mengantuk, sambil menguap Hussain merebahkan badan. Menunggu azan, merenung kipas yang berpusing di siling, dan mula memikirkan persoalan kematian.
Sokrates percaya dunia selepas kematian?
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Pidato & Strategi Perang
Penulis: Che Guevara
Penterjemah: Zikri Rahman
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13688-5-5
Harga: RM30.00
Tentang Produk:
Sejak berusia dua tahun, Che Guevara menghidap asma yang dideritai sepanjang hidupnya. Oleh kerana itu, keluarganya berpindah ke daerah yang lebih kering iaitu di daerah Alta Gracia (Cordoba). Namun begitu, kesihatannya tetap tidak membaik. Dirinya mendapat didikan awal di rumah, dengan sebahagian besar diajar ibunya sendiri, Celia de la Serna.
Pada usianya yang masih muda, Che Guevara merupakan seorang pembaca yang tekun. Beliau mendalami karya Marx, Engels dan Freud yang ada di perpustakaan ayahnya. Boleh jadi dirinya sudah pun membaca karya-karya tokoh besar ini sebelum memasuki persekolahan peringkat menengahnya (1941) di The Colegio National Dean Funes, Cordoba. Di sekolahnya, beliau merupakan pelajar yang terbaik di bidang sastera dan olahraga.
Pelbagai peristiwa yang berlaku sekali gus mempengaruhi diri Guevara sejak muda. Dirinya melihat sebuah penghinaan dalam pantomim yang dilakonkan dalam sistem demokrasi berparlimen serta kebenciannya yang membuak-buak pada ahli-ahli politik didokong tentera, kapitalis serta yang paling jelas kepada matawang Dolar Amerika yang dianggap sebagai lambang penjajahan.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Wabak
Penulis: Albert Camus
Penterjemah: Haris Murshidi
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13688-2-4
Harga: RM30.00
Tentang Produk:
Peristiwa aneh di dalam cerita ini terjadi pada tahun 1940-an di Oran. Semua orang sependapat yang kejadian luar biasa seperti itu tidak sepatutnya berlaku di tempat itu. Sebab paling utama, Oran adalah sebuah bandar biasa saja, tidak lebih daripada sebuah pelabuhan jajahan Perancis, juga sebagai pusat pentadbiran Perancis di kawasan pantai Algeria.
Rieux tahu cerita ini bukanlah tulisan yang menceritakan kemenangan terakhir. Cerita ini hanyalah satu kesaksian dari apa yang patut dilakukan, dan akan dilakukan lagi dalam perjuangan tanpa henti melawan kejahatan dan serangannya yang tidak henti-henti. Meskipun dibebani kesengsaraan peribadi, oleh orang yang menolak untuk tunduk kepada penyakit (walaupun tidak dapat menjadi wali keramat), namun berusaha sedaya upaya untuk menjadi penyembuh.
Mungkin akan tiba suatu hari, sebagai penderitaan dan pencerahan bagi manusia, wabak akan membangunkan tikus-tikus sekali lagi, dan menghantar mereka untuk mati di sebuah bandar yang bahagia.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Riwayat Mayta
Penulis: Mario Vargas Llosa
Penterjemah: Nazel Hashim Mohamad
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-62-7059-0
Harga: RM30.00
Tentang Produk:
Riwayat Mayta mengisahkan percubaan revolusi oleh sekumpulan rakyat Peru yang berdasarkan kisah benar yang berlaku di bandar Jauja yang terletak di tengah-tengah Banjaran Andes. Mayta berserta beberapa pegawai muda tentera dan pelajar sekolah menengah telah menawan bandar tersebut selama beberapa jam dan kemudian melarikan diri ke kawasan pergunungan. Mereka diburu; ada yang terbunuh manakala yang lain-lain ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipenjarakan.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178