Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

15 March 2017

SEMPADAN ASING



Judul: Sempadan Asing
Penulis: NH Rasb, Syuq Tone, Fandy Taher & Mia Amanda
Terbitan: Garage Creative
Harga: RM 30.00

Tentang Produk:
...Sebelum ini mereka tidak begitu terbuka menerima kehadiran orang asing terutamanya bagi Albania yang dianggap seperti The North Korea of Balkan.
****
NH Rsb


Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

TRAVELOG WINTER DI AFRIKA


Judul: Travelog Winter di Afrika
Penulis: Paola Kira Ewusi
Terbitan: Buku Pojok
ISBN: 978-967-1393-376
Harga: RM 25.00


Tentang Produk:
Aku yakin dalam hidup ini, ada masa-masanya kau kena ikut apa yang hati berat berkata.

Walaupun mungkin pahit dan kelam di pandangan orang lain, tapi itu yang bening dan sejuk di hati kau. Jadi teruskanlah.

Kasut yang kau pakai, kau sendiri tahu ketat atau longgarnya. Kalau ketat sampai melecet belakang kaki, takkan terus nak paksa diri berjalan sampai berdarah-darah? Dan kalau kasut itu selesa yang amat, sampai berjoging pun terasa ringan, takkan kau nak tanggalkan?

Macam itulah juga dengan pilihan teman hidup. Pilih yang selesa dan kau boleh berlari bersamanya. 

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

KRABI: PERGI NAIK BAS, BALIK NAIK TREN


Judul: Krabi: Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren
Penulis: Normi Ahmad Shafie
Terbitan: Kaseh Akademi PLT
ISBN: 978-967-13877-02
Harga: RM 25.00

Tentang Produk:
Buku ini adalah buku travelog kembara bajet ke Krabi, Thailand yang disertai penulis bersama dua orang lagi sahabatnya. Perjalanan tersebut menggunakan jalan darat dan beberapa pengangkutan awam. Penulis bukan saja menceritakan pengalaman kembara selama lima hari, namun turut berkongsi tips dan maklumat-maklumat berguna kepada pengembara. Buku ini juga memberi maklumat lengkap tentang kos, aktiviti, kaedah mengembara dan penginapan di sana. Ada juga cerita misteri yang diselitkan sekadar perkongsian pengalaman daripada penulis.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

MERENTAS AMERIKA


Judul: Merentas Amerika
Penulis: Badrul Hisham
Terbitan: Badrul Hisham
ISBN: 978-967-14090-08
Harga: RM 25.00

Tentang Produk:
Buku ini menceritakan sebuah kisah benar tentang dua pemuda melayu yang merantau pusing Amerika dengan berbekalkan duit sedikit dan impian setinggi gunung. Satu kereta menjadi saksi bagi semua peristiwa ini. Pada mulanya semua bermula dengan manis dari New York dan perlahan-lahan bertukar menjadi pahit apabila tiba di negeri Texas.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

PHILLY, AKU CULTURE SHOCKED!



Judul: Philly, Aku Culture Shocked!
Penulis: Iwan Reaz
Terbitan: Bebas Press
ISBN: 978-967-12688-03
Harga: RM 20.00

Tentang Produk:
"Stigma orang, Philadelphia tempat ramai samseng. Hitam. Banyak jenayah. Kau gila nak tinggal kat situ? Macam neraka dunia! Biar betul bro? Heh ... itulah yang aku nak ceritakan. Ini kisah aku dan Philly."

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

MENERJAH LANGIT EROPAH



Judul: Menerjah Langit Eropah
Penulis: Mohd Ilmi Izzuddin
Terbitan: My Travelog
ISBN: 978-967-14430-02
Harga: RM 25.00

Tentang Produk:
Buku ini mengisahkan tentang seorang anak kampung Kundang yang mula mengorak langkah ke Eropah. Bermula dengan ketibaan di Manchester Airport pada September 2014 hinggalah pulang ke Malaysia pada Januari 2016. Lebih kurang 20 negara telah sempat beliau terjahi dan beliau akan kongsikan sebahagian besar pengalamannya di dalam buku ini.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

LIFE IS HARD...STAY COOL!



Judul: Life is Hard...Stay Cool!
Penulis: Ridwan Yusoff
Terbitan: BSB
ISBN: 978-967-3989-06
Harga: RM 22.00

Tentang Produk:
Pengalaman mengembara bersendirian ke Yogyakarta, sesat dalam bandar Manila dan menghadapi kekalutan dan kekeliruan di Tokyo antara cebisan pengalaman berharga buat penulis. Berkongsi pengalaman percutian dan pengembaraannya di 10 buah negara termasuk pulau lagenda di Malaysia, buku ini juga dihasilkan untuk memberikan tip dan maklumat yang diharap dapat membantu pengembara dan pelancong yang baru sepertinya menemui minat yang sama ini.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

SANGKAK SESAK



Judul: Sangkak Sesak
Penulis: Wan Fathi Kamil, Hafiz Rashid & Rayhan Ahmad
Terbitan: Pustaka Kolektif
Harga: RM 20.00

Tentang Produk:
Dua kisah perjalanan di dalam sebuah buku. Dengan harapan dapat menjadi nyali buat mereka yang ingin keluar dan mulakan pengembaraan sendiri.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

MELBOURNE & SYDNEY DALAM SEPULUH HARI


Judul: Melbourne & Sydney Dalam Sepuluh Hari
Penulis: Noor Hayati Yasmin & Norsa'adah Ahmad
Terbitan: Noor Hayati Yasmin & Norsa'adah Ahmad
ISBN: 978-967-13549-02
Harga: RM 40.00

Tentang Produk:

Kembara tujuh sahabat
Ke bumi Australia
Menjejak Mimpi
Melunas keinginan diri

Melbourne dan Sydney
Destinasi utama kami
Di sini ada memori yang tercipta

Merapat ukhuwah
Mengenali antara kita

Menjelajah kota
Mengagumi gunung dan lautan
Menatap kebesaran-Nya
Sungguh indahnya alam ini

Syukur pada Tuhan
Kami selamat pergi dan kembali
Membawa bersama 1001 pengalaman
Yang tak boleh dilupa

Kenangan pengikat jiwa
Ingatan menjentik rasa

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

14 March 2017

BERDIALOG DENGAN GEREJA



Judul: Berdialog Dengan Gereja
Penulis: Mujahid Yusof Rawa
Terbitan: Ilham Books
ISBN: 978-983-4466-831
Harga: RM 25.00

Tentang Produk:
“Saya berpendirian dialog antara agama bukanlah bererti bertolak ansur dalam isu-isu melibatkan akidah. Hakikatnya ia lebih kepada membina keharmonian di antara penganut-penganut agama yang pelbagai agar tidak mudah terjebak dengan api permusuhan di dalam menangani isu-isu panas. Bukan menjadi rahsia bahawa ada pihak yang untung jika berlaku ketegangan di antara agama. Pihak sebeginilah yang tidak habis-habis meniup api membakar agar ia sentiasa marak di negara ini. Justeru, kehadiran buku ini sebenarnya tepat pada masanya. Ia merupakan catatan ringkas Dr Mujahid semasa pengalaman beliau menangani isu-isu panas yang menggugat kedamaian antara agama di negara ini. Pengalaman beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dikumpulkan dalam buku ini bagi pembaca pelbagai kaum mengikuti inisiatif dialog di atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS)”
Tuan Guru Nik Abudul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


“Blessing on the publication of yet another book that all Malaysians of peace and good will enjoy together with our friends from abroad who appreciate what is the best in Malaysia, together with its challenges. Indeed dialogue and beyond dialogue engagement in human relationships and spirituality will lead the vision ahead. The diversity among us is a reflection of God’s creation to be accepted and celebrated by all who seek the truth. This diversity among us is a reflection of God’s creation to be accepted and celebrated by all who seek the truth. This diversity is not the excuse for diversion but the motivation for unity. May this personal and universal mission be enhanced by all who read this book.”
Bishop Sebastian Francis
Bishop of Penang

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA




Judul: Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria
Penulis: Heliza Helmi & Roziyah Mahamad
Terbitan: PTS Publication
ISBN: 978-967-411-504-3
Harga: RM 19.00

Tentang Produk:
Mungkin ada yang berkata,

"Di Malaysia juga boleh membantu. Mengapa harus ke sana?"

'Tidak takut ditembak ataupun mati?
Padahal perjuangan di sini juga belum selesai...."

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178


DARI MALAYA KE HIMALAYA




Judul: Dari Malaya Ke Himalaya
Penulis: Mohamad Jafri Ahmad
Terbitan: Mohamad Jafri Ahmad
ISBN: 978-967-1398-203
Harga: RM 22.00

Tentang Produk:
Semua orang boleh mengembara mengelilingi dunia jika ada keinginan dan usaha yang berterusan. Semua orang boleh menawan puncak pergunungan jika ada semangat juang yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh meneroka kawasan mundur dan terpencil jika ada keberanian dan ketabahan.

Travelog ini membawa anda kepada pengalaman empat anak muda yang menjelajah pergunungan Annapurna di Banjaran Himalaya, Nepal. Mereka berjaya menamatkan pendakian walaupun berhadapan dengan salji tebal, suhu yang sangat sejuk, cuaca yang tidak menentu serta ancaman runtuhan salji.

Bagi mereka, tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan perlu meneruskan langkah demi langkah hingga ke titik penamat selain menempuh liku-liku perjalanan dengan sabar dan tenang. Kekuatan fizikal yang dimiliki tidak membawa apa-apa makna dalam sesuatu pengembaraan jika ia tidak disokong oleh kekuatan mental.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

LANGTANG NEPAL




Judul: Langtang Nepal
Penulis: Mhilmi Osman
Terbitan: Mhilmi Osman
ISBN: 978-967-13843-05
Harga: RM 28.00

Tentang Produk:
Buku ini mengisahkan cerita dan pengalaman Mhilmi Osman yang berpeluang mengembara ke negara Nepal. Beliau yang merupakan seorang peminat seni fotografi yang aktif secara separuh masa telah berpeluang bersama lima rakannya mendaki ke salah satu laluan pendakian iaitu Langtang Valley Trek yang terletak di banjaran Himalaya. Susah senang bersama rakan di sepanjang pendakian tersebut telah pun di kongsi bersama di dalam buku ini.

Dengan sedikit ilmu dalam seni fotografi telah membuatkan beliau dapat berkongsi pengalaman dunia luar melalui fotonya. Ilmu fotografi tersebut dapat membuatkan beliau menyimpan kenangan dan pengalaman tersebut dalam bentuk foto yang boleh dikongsi bersama.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

GOJI BUNDY



Judul: Goji Bundy
Penulis: Riduan A. Dullah
Terbitan: Buku Pojok
ISBN: 978-967-86-0602-8
Harga: RM 27.00

Tentang Produk:
Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy.

Apa itu Goji Bundy?

Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku.
Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini.

● Tanpa perancangan rapi.
● Gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.
● Tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar sahaja).
● Secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu.
● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin).
● Berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C.
● Ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.
● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang.

Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

KEMBARA AFGHANISTAN



Judul: Kembara Afghanistan
Penulis: Siti Noridah Ab. Rahaman
Terbitan: Siti Noridah Ab. Rahaman
ISBN: 978-967-13542-09
Harga: RM 25.00

Tentang Produk:
Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahaman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik daripada Pakistan.

Semangat untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan.

Yang biasa kita dengar diberita utama dunia hanyalah tentang bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan.

Semoga kisah beliau menjadi teladan dan juga inspirasi kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki di Afghanistan juga satu hari nanti.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

23 December 2016

TANAH AIRKU DI BUMI RATU


Judul: Tanah Airku Di Bumi Ratu
Penulis: Afiqah Rosali, Aiman Amri, Aishah Madadiy, Azree Ariffin, Cahaya, Diyana Al Ardh, Safeera Atira, Fatehah Yusuff, Fatin Nizam, Haniff Nasir, Hariz Said, Kae, Khairul Asyraf, Kymioflario, Ms Lily, NA Ismail, Nabila Lokman, Nazali Noor, Noorul Azila Kamaruzzaman, Nur Muhammad, Rashidah Ismail, Rifdi Syukran, Ruliana, Shahira Alia, Shahkang, Shamine Saif, Siti Malini Mat
Terbitan: KataPilar Books
ISBN: 978-967-13913-6-5
Harga: RM26.00

Tentang Produk:
28 anekdot dari tanah seberang.

Tak dinafikan di Malaysia pun ada yang akhlaknya mengarut. Tapi rasanya dalam banyak-banyak yang mengarut tu, lebih banyak yang akhlaknya masih boleh dipakai berbanding budak-budak Mat Salleh.

Dalam banyak-banyak perangai buruk kita, tak salah kita nak rasa bangga dengan sikap-sikap positif yang kita ada, kan?

Marilah, ayuhlah bangga jadi orang Malaysia - yang penuh kesopanan, kesusilaan dan kecantikan (ahaks!).

(Jangan sampai riak, sudah!)
- Shahkang -

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

06 December 2016

LARI DARI SIBERIA


Judul: Lari Dari Siberia
Penulis: Leon Trotsky
Penterjemah: Manya
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-20112-0-0
Harga: RM15.00

Tentang Produk:
Pada 3 Disember Kesatuan Soviet telah dikepung oleh tentera-tentera yang setia kepada kerajaan. Trotsky dan pemimpin-pemimpin Soviet yang lain telah dihadapkan ke pengadilan pada 1906, atas tuduhan menyokong pemberontakan bersenjata. Semasa perbicaraan, Trotsky telah memberikan beberapa ucapan yang terbaik sepanjang hayatnya, dan membuktikan kebolehannya sebagai pemidato yang teragung. Dia disabitkan dengan kesalahan memberontak dan dijatuhkan hukuman buang negara seumur hidup.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

BERLARI DARI JOGJA UNTUK MENEMUKAN SI DIA DI CHRISTIANA


Judul: Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana
Penulis: ZF Zamir
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13047-3-0
Harga: RM25.00

Tentang Produk:
Kau tahu Kebumen itu di Jogja kan?
Ya, tahu.
Jadi Christiana itu pula di mana?
Copenhagen.
Copenhagen? Di mana tu Mir?
Denmark.
Aduh, berapa jauhnya Denmark itu?
Sudahnya, sampai bila agaknya kau nak lari?
Sampai jumpa.
Gila. Kalau pun jumpa, kau ingat berapa lama kau nak sampai ke Denmark sana?
Gila mana pun, aku perlu cari Si Dia.
Mir, aku jumpa banyak orang gila.
Memang macam inilah perangainya.
Amer, kalau ini rasanya gila, biar aku terus gila seperti ini. Jangan sedarkan aku.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

DOWN & OUT DI LONDON & PARIS


Judul: Down & Out Di London & Paris
Penulis: George Orwell
Penterjemah: Lokman
Terbitan: Thukul Cetak
ISBN: 978-967-13688-4-8
Harga: RM30.00

Tentang Produk:
Pukul 7:00 pagi, rue du Coq d'Or, Paris.
Kedengaran jeritan-jeritan bengis yang berterusan dari jalan. Madame Monce yang memiliki sebuah hotel kecil bertentangan dengan tempat tinggal saya keluar ke jalan untuk berkata sesuatu kepada seorang penyewa bilik hotelnya di tingkat tiga. Madame Monce memakai kasut besar dan rambut putihnya mengurai ke bawah.

Madame Monce: Perempuan murahan! Berapa kali sudah aku beritahu, jangan penyekkan serangga di dinding! Kau ingat hotel ini engkau yang beli ke? Kenapa kau tak boleh buang ke luar macam orang lain buat? 'Pelacur!'

Perempuan di tingkat tiga: 'Lembu!'

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178