POLISI KAMI

PEMBELIAN PRODUK KAMI

  • Harga yang dipaparkan bagi setiap produk TIDAK termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran yang dikenakan akan dimaklumkan.
  • Sila semak pesanan anda. Sebarang kesalahan pembelian tidak akan ditanggung oleh pihak kami.
  • Setiap pesanan yang kami terima sah untuk tempoh tiga (3) hari dari tarikh pesanan dibuat. Jika tiada pembayaran dibuat dalam tempoh tersebut, pembelian anda akan dibatalkan serta merta.
  • Pembelian adalah muktamad. Pemulangan dan penukaran tidak dibenarkan.

PEMBAYARAN

  • Kami menerima pembayaran dengan cara pemindahan bank (bank transfer), pemindahan atas talian (online banking) dan juga deposit tunai (cash deposit) ke akaun bank kami. Nombor akaun akan dimaklumkan.
  • Bagi mengelakkan kesulitan hal-hal pembayaran berbaki, kami menyarankan agar anda memindahkan amaun yang tepat ke dalam akaun kami. Walau bagaimanapun, jika terdapat lebihan/baki, kami akan memulangkannya dalam penghantaran yang akan dibuat.
  • Sila hantarkan bukti pembelian anda kepada kami dalam bentuk lampiran (slip ATM yang diimbas atau difotokan/screen shot pemindahan atas talian) ke e-mel kami di legasioakheart@gmail.com

PENGHANTARAN

  • Barang pembelian akan dihantar kepada anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja (Selasa-Jumaat) selepas bukti pembayaran dijelaskan kepada pihak kami.
  • Sekiranya barang yang diterima rosak, sila kemukakan aduan kepada kami selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh terima. Aduan yang dilakukan selepas jangka masa ini tidak akan dilayan. Kos penghantaran tambahan ditanggung oleh pembeli.
  • Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda masih tidak menerima barang yang dipesan setelah lebih dari 2 minggu selepas pembayaran dibuat.
  • Duti kastam atau cukai bagi pembeli dari luar Malaysia adalah tertakluk kepada apa yang dipraktikkan oleh negara masing-masing. Kos tersebut ditanggung oleh pembeli.

0 comments: