29 March 2017

BICARA TANPA SUARA



Judul: Bicara Tanpa Suara
Penyelenggara: Rahimidin Zahari, S.M. Zakir & Abdul Mutalib Abdul Rahman
Terbitan: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
ISBN: 978-983-42225-2-9
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Buku ini merupakan antologi cerpen dan puisi karya penulis di Malaysia dengan kepelbagaian latar dan sudut pandang.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

KRISTAL DI LAUT BULAN



Judul: Kristal di Laut Bulan
Penulis: Siti Zaleha M. Hashim
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 983-62-9269-1
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Kristal di Laut Bulan ialah kumpulan puisi Siti Zaleha M. Hashim yang kedua, sesudah Camar di Cangkir Bumi (1999). Kehadiran kumpulan puisi terbaharunya ini semacam memberi pernyataan bahawa penyair wanita yang mula menulis puisi pada dekad 1970-an ini ialah seorang penyair yang dapat mengukuhkan namanya dalam jalur perpuisian Melayu Malaysia. Selebihnya, kumpulan ini makin mengukuhkan gaya peribadinya sehingga pembaca puisi dapat mengidentifikasikannya? Apakah sewaktu Siti Zaleha M. Hashim menganyam kata-kata pada baris-baris puisinya, dianyamnya juga bunyi, simbol, bahasa figuratif, dan unsur-unsur stilistik yang lain lagi sebagai hiasan untuk mengacu pada estetik puisi? Apakah introspeksi dan introspektif sahaja yang sering mengisi puisi-puisinya atau ruang lingkupnya lebih luas dan besar lagi?

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 


MENITI BATAS



Judul: Meniti Batas
Penulis: Zulkifli Khair
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 978-983-62-9872-0
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
“Meniti Batas, memaparkan ketabahan dan kesungguhan dua orang sahabat menguruskan perusahaan membuat makanan ringan yang berasaskan ubi kayu. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan, akhirnya mereka mengorak langkah lebih jauh hingga ke peringkat antarabangsa. Sungguhpun begitu, kejayaan yang diraih bukan datang bergolek. Pelbagai cabaran, rintangan dan konflik terpaksa mereka hadapi tetapi berjaya diatasi dengan sikap gigih, cekal dan tawakal. Malah, segala cabaran itu menjadikan mereka lebih matang menempuh kehidupan.”

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

RONGGENG ROKIAH



Judul: Ronggeng Rokiah
Penulis: Anuar Nor Arai
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 978-983-62-9586-6
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Kumpulan Drama:
1. Ronggeng Rokiah
2. Tingkah Pak Itam
3. Bisikan Malaya

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

PASUNGAN



Judul: Pasungan
Penulis: Dahiri Saini
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 978-983-49-0167-7
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
"Aku tidak tahu apa yang perlu kulakukan lagi, berkenaan dengan apa yang telah kami hadapi. Aku telah dipasung merico begitu juga dengan Nasuhah. Itu kata Pak Long padaku. Aku tahu, sesiapa sahaja yang dipasung atau dirasuk merico, pasti tidak tenang hati dan perasaannya. Begitu juga denganku, setiap detik ada sahaja kelibat perempuan bertudung keringkam hitam itu mengekoriku. Dia seperti tidak mahu melepaskan aku, daripada pasungan dan rasukannya...." 

Pasungan berkisar tentang kepercayaan dan amalan menghalau hantu jembalang (merico) yang diamalkan di Sarawak. Das, graduan lepasan universiti luar negara, memandang rendah akan amalan khurafat ini walaupun dia sendiri sebenarnya memiliki kekuatan batin dan bakal mewarisi ilmu perubatan ghaib daripada bapa saudaranya. Setelah mengalami pelbagai kejadian aneh dan memasuki alam ghaib, Das telah didatangi oleh Sunti, makhluk halus yang jatuh cinta kepadanya. Das menolak cinta Sunti demi kasihnya pada Nasuhah dan ini menyebabkan Sunti mendendaminya. Das dan Nasuhah terpasung oleh merico yang didalangi Sunti. Dapatkah mereka dilepaskan daripada rasukan dan pasungan Sunti? Pengakhirannya tidak terduga apabila nyawa yang menjadi galang gantinya.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

AYAM PATAH KEPAK



Judul: Ayam Patah Kepak
Penulis: Hafizah Iszahanid
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-084-5
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
" Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Perjuangan itu luas dan dalam padangnya, namun mencari yang halal adalah lebih utama. Dan, paling utama, saya sangat takut pada dunia akhir zaman. Kerana, kiamat sudah semakin hampir, tetapi komunisme tidak percaya pada kewujudan Tuhan dan ia menentang semua fahaman beragama. Ia adalah fahaman berkaitan kebendaan dan hasil penentangan terhadap kapitalisme."

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

PEMBERANI



Judul: Pemberani
Penulis: Norhisham Mustaffa
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-066-1
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Kumpulan cerpen Pemberani mengandungi 16 buah cerpen yang mendukung pelbagai tema. Antara tema yang disentuh oleh Norhisham Mustaffa lewat cerpen-cerpen beliau adalah yang berkaitan keagamaan, kasih saying, politik, kehidupan berumah tangga dan kebejatan moral. Setiap cerpen yang terdapat dalam kumpulan ini ditukangi secara halus dan berseni. Ia dibangunkan dengan gaya penceritaan yang memikat dan penggunaan bahasa yang ampuh. Kemudiannya, cerpen-cerpen ini diakhiri pula oleh pengarangya dengan penuh keyakinan. Walaupun terdapat beberapa buah cerpen yang agak pendek dan isunya yang agak ringan, namun kebijaksaan Norhisham Mustaffa dalam membuat sindiran dan pada masa yang sama bijak pula menyembunyikan kesinisannya, menjadikan cerpen-cerpen ini begitu menarik untuk dibaca.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

KONTAL KANTIL



Judul: Kontal Kantil
Penulis: Ismas Saring
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-372-3
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
HAJI SARING SIRAD lebih dikenali dengan nama penanya Ismas Saring. Beliau dilahirkan di Jeram, Selangor pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Tambak Jawa (1950), Sekolah Melayu Jeram (1951), dan Sekolah Menengah Anglo Chinese, Klang (1954).

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang kewartawanan dan penulisan kreatif di International Correspondent School (1976) selain menjalani latihan khusus dalam bidang penulisan pelancongan di Jakarta, Bangkok, dan Frankfurt (1994). Ismas Saring pernah menjadi Special Constable (1956–1959) selain berkhidmat di Pusat Tibi Negara (1964–1966), di majalah Angkatan Baru (1966), di Syarikat Penerbitan Karyawan (1968), di Hospital Besar Klang (1969–1977), serta di Berita Harian (1977–1993).

Beliau juga pernah menjadi penulis kolum “Poskad dari Klang” (Harian Metro), “Nota Orang Lama” (Bacaria), dan “Sudi Mampir” (Sinar Harian). Beliau menghasilkan puisi, cerpen, dan skrip drama. Karya-karyanya itu tersiar dipelbagai media seperti di majalah Gelanggang Filem, Utusan Filem dan Sport, Mastika, Hiboran, Dewan Sastera, Berita Harian, dan sebagainya.

Cerpennya terhimpun dalam antologi Dalam Pencarian (1983), Gelisah (1967), Bunga Gunung (1982), dan Menjunjung Titah Perintah (1984). Puisinya pula terhimpun dalam antologi Tinta Pena (1981), Menjunjung Duli (1985), Temu Puisi (1991), Puisi-puisi Kunjungan (1995), dan Sing Kaya Ngene (1999). Skrip drama pentasnya, “Seruan Damai”, menjadi skrip wajib dalam Pertandingan Drama Kebangsaan (1976–1977) anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sebagai mengiktiraf sumbangannya, beliau dianugerahi PJK oleh Almarhum DYMM Sultan Selangor (1980), Anugerah Budayawan Selangor (2005) dan Anugerah Tokoh Kewartawanan Negeri Selangor (2006) oleh kerajaan Selangor serta Anugerah Seniman Sepanjang Zaman oleh Gelanggang Seni Warisan Pahang (2011).

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

BRADER, KITA MESTI TERUS HIDUP!



Judul: Brader, Kita Mesti Terus Hidup!
Penulis: Nasir Jani
Terbitan: Dubook Press
ISBN: 978-967-0723-587
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Taklimat diteruskan dengan cerita-cerita lama tentang apa yang RTM akan buat untuk masa depan industri dan Wawasan 2020. Selesai taklimat, majlis dibuka kepada para hadirin untuk sesi soal jawab. Saya bangun dan memberi pandangan saya. Saya berkata "Tuan Haji (Tok Mat), saya lihat dan dengar dari tadi Tuan Haji asyik bercakap tentang apa RTM akan buat... RTM akan bagi itu dan ini. RTM akan buat itu dan ini... RTM will do this and that. Pada saya, kenyataan itu umpama mimpi-mimpi yang tidak menjanjikan apa-apa kenyataan. Itu semua cerita lama yang diungkit semula. Saya lihat Tuan Haji ni macam saudagar mimpi. Menjual mimpi-mimpi..."

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

IZRAIL SIBUK DI GAZA



Judul: Izrail Sibuk Di Gaza
Penulis: Grup Karyawan Luar Negara
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-357-0
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Antologi ini mengandungi 17 buah cerpen daripada 17 penulis anggota Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Kesemua temanya menghala kepada matlamat yang satu, iaitu mengangkat Islam sebagai agama yang hak, sama ada disedari oleh para penulisnya ataupun tidak.

Sesuai dengan latar penulisnya yang belajar di luar negara, selain mengangkat persoalan sejagat, hampir kesemua cerpen dalam antologi ini mengambil latar tempat di luar negara seperti Kaherah, Turki,dan Gaza.

Cerpen “Izrail Sibuk di Gaza” menyajikan kisah Gaza. Disebabkan oleh banyak orang yang mati di Gaza, ‘adik’ yang tinggal di Gaza ingin menjadi Izrail yang tugasnya mengambil nyawa manusia. Dengan itu ‘adik’ beranggapan bahawa dia tidak akan mati, secara tersiratnya. 

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

SELAMAT DATANG KE MALAYWOOD



Judul: Selamat Datang Ke Malaywood
Penulis: Roslan Jomel
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia 
ISBN: 978-983-068-928-9
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Menghimpunkan 18 buah cerpen yang penuh dengan magis-magis kritikan budaya, sosial dan politik. Semua cerpennya menghapuskan sempadan antara fiksyen dan realiti, tergelincir daripada hukum logik, menjungkarbalikkan plot dan persoalan, malah bebas daripada ikatan ruang serta waktu.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178


KUNTUM HARAPAN



Judul: Kuntum Harapan
Penulis: Zahari Hasib
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 983-62-2793-8
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Menghimpunkan 93 puisi karya Zahari Hasib, penyair berbakat besar dan punya peminat tersendiri dalam dunia kepenyairan tanah air khususnya golongan remaja.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

28 March 2017

HANYA MAKNA



Judul: Hanya Makna
Penulis: Siti Jasmina Ibrahim
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 978-983-46-0632-9
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Hanya Makna merupakan himpunan 26 cerpen hasil karya Siti Jasmina Ibrahim yang dihasilkan sekitar tahun 1996 hingga 2009. Cerpennya banyak memaparkan tema permasalah bangsa dan budaya yang berkisar tentang cita-cita, harapan dan impian dalam menghadapi segala macam bentuk cabaran dan dugaan hidup, sama ada pada masa lalu, kini dan akan datang. Penulis cuba memberi kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya nilai-nilai tradisi yang perlu dipelihara kerana jatuh atau bangun, maju atau mundur sesuatu bangsa itu dilihat melalui teguh dan rapuhnya nilai tradisi yang dimiliki. Kumpulan cerpen ini boleh dianggap istimewa kerana penulis mengemukakan idea atau pemikiran yang amat bersesuaian dengan situasi semasa yang berlaku apda masa kini. Percubaan penulis menggunakan teknik drama menerusi dialog antara watak dan lambang-lambang tertentu mampu memberi kesegaran yang bermakna kepada cerpen-cerpen dalam kumpulan ini.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

SAKURA


Judul: Sakura
Penulis: Mahaya Mohd Yassin
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 978-983-46-0933-7
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Sakura ialah bunga kebangsaan negara Jepun. Pada penulis, sakura juga bermaksud 'syukur akan kurniaan rahmat Allah.' Justeru itu, kumpulan puisi ini mengundang kanak-kanak untuk melakukan kembara minda dan jiwa, demi memetik manfaat dan faedahnya. Sakura menyajikan tema kasih sayang, patriotisme, agama dan pendidikan. Puisi dan ilustrasi saling melengkapi serta menyentuh perasaan, menggugah minda, membangkitkan keinsafan dan mencabar imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Di samping itu, ibu bapa turut dapat memantapkan ilmu, kemahiran dan jati diri anak-anak ketika membaca bersama-sama mereka. Peranan ini sekali gus mengeratkan kasih sayang seisi keluarga.


Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

DOGMA


Judul: Dogma
Penulis: M.Arif
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-0869-483
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Dogma merupakan bicara nubari penulis tentang kebenaran dalam kehidupan sama ada bersangkutan dengan soal kemasyarakatan, patriotisme dan juga kerohanian. Lantas dengan itu, penulis buku ini membahagikan sajak-sajaknya kepada tiga kelompok utama, iaitu "Dogma Salju" yang membawa nafas kemasyarakatan; "Dogma Rindu" yang menyisipkan pesan-pesan tentang cinta akan negara dan "Dogma Kalbu" yang sarat dengan nuansa agama dan ketuhanan.

Penulis berkata yang beliau tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan. Yang beliau ada hanyalah kata-kata daripada bahasa ibundanya. Sepanjang detik hayatnya, busana pejuang bahasa sentiasa tersarung ke tubuh jiwanya. Rintih pedih serta kerikil tajam yang menghiris kaki bahasa ibundanya sangat terkesan kepada atma penulis. Lalu dengan itu, Dogma terlahir daripada perjuangan bahasa ibunda penulis. Bagi penulis, sesuatu yang benar dalam kehidupan ini sewajarnya diakui benar.

Itulah dogma. Berpegang pada yang benar memberi pengajaran terbaik untuk kita.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178