Showing posts with label Sastera Klasik. Show all posts
Showing posts with label Sastera Klasik. Show all posts

07 March 2017

AL-AMIN


Judul: Al-Amin; Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: PTS Pop
ISBN: 978-967-5136-894
Harga: RM 48.00

Tentang Produk:
Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci, telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti, dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia
keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru; pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

23 December 2016

3 TUN DALAM OTAK MELAYU


Judul: 3 Tun Dalam Otak Melayu
Penulis: Muhaimin Sulam, Abd Ur Rahman Mohamed Amin
Terbitan: KataPilar Books
ISBN: 978-967-2014-05-8
Harga: RM23.00

Tentang Produk:
Buku ini membicarakan soal pemikiran orang Melayu yang tercerna daripada karya-karya Melayu klasik di samping beberapa karya yang terkemudian termasuk novel, lirik lagu dan filem. Kami memilih tiga Tun yang terdiri daripada Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah sebagai susuk nama yang diperbahaskan, dengan menggunakan Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah sebagai sumber rujukan asas tentang ketiga-tiga watak Tun ini. Pemilihan ini adalah berdasarkan karya tersebut mempunyai pengaruh luas terhadap karya-karya yang berikutnya terutama pada abad ke-18.

Apa yang ada dalam kotak pemikiran tiga Tun dalam menghadapi situasi, apa cita-cita dan bagaimana penyelesaian masalah, apa keutamaan dan sebagainya akan diulas dalam tulisan ini. Kupasan terhadap tiga Tun tidak sekadar persoalan gender, sosial dan politik elit tetapi bagaimana penulisan dan pembinaan watak tiga Tun itu juga menggambarkan pemikiran pengarang dan masyarakat sezaman. Tentu sahaja terdapat beratus orang bergelar Tun dalam karya-karya Melayu yang boleh memberi gambaran pemikiran orang Melayu. Namun, ketiga-tiga srikandi itu sendiri dilahirkan dari tulisan dan tangan lelaki!

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

28 November 2016

SEJARAH MELAYU


Judul: Sejarah Melayu
Diusahakan Oleh: W.G. Shellabear
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0346-6
Harga: RM35.00

Tentang Produk:


Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

RAMPAI SARI PUISI WARISAN


Judul: Rampai Sari Puisi Warisan
Penyelenggara: Mohd. Yusof Md. Nor
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0328-2
Harga: RM20.00

Tentang Produk:
Mengandungi himpunan pantun, syair, gurindam dan seloka.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

RAMPAI SARI PROSA WARISAN


Judul: Rampai Sari Prosa Warisan
Penyelenggara: Mohd. Yusof Md. Nor, Inon Shaharuddin Abd. Rahman
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0350-3
Harga: RM22.00

Tentang Produk:
Buku ini mengandungi petikan-petikan daripada prosa lama yang dianggap oleh penyeleggara sebagai mewakili zamannya, bukan sahaja dari segi kandungannya, malah dari segi teknik penulisannya serta kesan fungsional yang akan diperoleh para pembaca.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

27 November 2016

PUISI MELAYU TRADISI


Judul: Puisi Melayu Tradisi
Oleh: Mohd. Yusof Md. Nor, Abd. Rahman Kaeh
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0216-2
Harga: RM25.00

Tentang Produk:
Puisi-puisi yang beraneka ragam bentuknya dicipta atau digubah dengan menampilkan warna suasana masyarakat Melayu dan dilatari pula oleh kekayaan alam semula jadi, iaitu Alam Melayu. Justeru, puisi-puisi Melayu lama amat cepat mesra dan digemari oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu, bahkan sebahagiannya dapat bertahan sejak dahulu hingga sekarang.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

SALASILAH MELAYU DAN BUGIS


Judul: Salasilah Melayu dan Bugis
Diusahakan Oleh: Mohd. Yusof Md. Nor
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0316-9
Harga: RM25.00

Tentang Produk:
Sebuah naskhah Sastera Melayu tradisi yang bercorak sejarah. 

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178