Judul: Hikayat Buyung Lurus
Penulis: Mohd. Affandi Hassan
Terbitan: Gerak Budaya
ISBN: 978-983-2344-568
Harga: RM 20.00
Tentang Produk:
Inilah hikayat Buyung bin Anu yang tidak wujud tetapi terdapat di mana-mana di alam virtual reality, yang digelar YB oleh orang kampung kerana dia lima kali kalah pilihan raya dan lima kali hilang wang pertaruhan. Adakah YB itu hanya untuk Yang Berhormat? Inilah anggapan YB sebenar yang menjadi antara tokoh dalam karangan ini, dan orang ramai. Sungguh cantik dan comel jika semua YB itu sekali gus yang baik, yang bagus, yang berusaha, yang bijaksana, yang berbakti, yang berbudi, yang berjasa, yang bersopan, yang berwibawa, yang bertakwa, yang berilmu, yang bestari, yang budiman, yang benar, dan yang lain-lain; bukannya YB itu yang bodoh, yang bengis, yang baran, yang bengkok, yang boros, yang bahlul, yang bebal, yang berbohong, yang berkendak, yang berjahat, yang belot, yang bolot, yang bacul, yang banggi, yang badut, yang busuk, dan yang lain-lain sejenisnya.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Al-Amin; Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: PTS Pop
ISBN: 978-967-5136-894
Harga: RM 48.00
Tentang Produk:
Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci, telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti, dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia
keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru; pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Gul Bakawali
Penyelenggara: Siti Hawa Haji Salleh
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0335-0
Harga: RM16.00
Tentang Produk:
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Raja Muda
Oleh: Pawang Ana, Raja Haji Yahya
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0374-9
Harga: RM13.00
Tentang Produk:
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Bayan Budiman
Diusahakan oleh: R.O. Winstedt
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0407-4
Harga: RM28.00
Tentang Produk:
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Terung Pipit
Oleh: Panglima Ali Mudin bin Panglima Hasan
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0376-3
Harga: RM22.00
Tentang Produk:
Buku ini penuh dengan humor dan humor ini tidak sahaja terdapat dalam peristiwa-peristiwa tetapi juga dalam bahasa yang digunakannya. Ditulis dalam bahasa sehari-hari yang digunakan di Kedah, cerita ini hidup dan betul-betul memberi kesan bahawa ia dituturkan dalam proses penurunannya. Sindiran-sindiran yang menggelikan tidak seppi daripada cerita ini.
- Asmah Haji Omar -
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Syeikh Mardan
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0345-9
Harga: RM10.00
Tentang Produk:
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Anggun Cik Tunggal
Oleh: Pawang Ana, Raja Haji Yahya
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0337-4
Harga: RM15.00
Tentang Produk:
Di Semenanjung Malaysia, cerita ini dikenali dalam bentuk prosa. Hikayat Anggun Cik Tunggal walaupun disampaikan secara prosa tetapi diselangi pula dengan bentuk puisi, iaitu pantun dan bahasa berirama (runs).
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Malim Dewa
Oleh: Pawang Ana, Raja Haji Yahya
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0373-2
Harga: RM13.00
Tentang Produk:
Mungkin orang menganggap aneh bahawa catatan-catatan serupa itu diperlukan, tetapi masakan dapat diharap bahawa seorang Melayu dari Ipoh sekarang ini dapat mengetahui rangkaian kata-kata gharib yang digunakan beberapa abad dahulu? Misalnya, dalam buku ini, ada empat patah perkataan untuk berjenis-jenis tempat sirih: puan, jorong, tepak, cerana! Demikianlah pula halnya beratus-ratus perkataan dalam karangan Shakespeare membingungkan orang Inggeris yang terpelajar.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Langlang Buana
Penyelenggara: Mohd. Yusof Md. Nor
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0331-2
Harga: RM13.00
Tentang Produk:
Tema Hikayat Langlang Buana ini berkisar pada kisah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Plotnya berkisar pada pengembaraan watak utama iaitu Raja Indera Bumaya yang ingin mencari Tuan Puteri Kusuma Dewi. Semasa pengembaraan ini, berlaku beberapa peperangan. Watak utama sering dibantu oleh watak dewa kayangan iaitu Langlang Buana.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Panca Tanderan
Penterjemah: Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0344-2
Harga: RM10.00
Tentang Produk:
Panca Tanderan berasal daripada bahasa Sanskerta, iaitu Pancatantra. Pancatantra merupakan karya Sanskerta yang terkenal. Ia mengandungi peradaban yang tinggi dan pengajaran yang membina masyarakat. Disebabkan ketinggian mutu karya inilah, maka ia telah diterjemah dan disadur ke dalam beberapa bahasa di Asia dan Eropah, seperti Parsi, Arab, Latin, Inggeris, Jerman, Perancis dan beberapa bahasa lagi.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Raja Pasai
Diusahakan Oleh: Russell Jones
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0355-8
Harga: RM13.00
Tentang Produk:
Hikayat Raja Pasai mencakup suatu jangka waktu dalam sejarah Pasai, berlaku pada satu tempat di Sumatera di mana agama Islam mula bertapak di Gugusan Pulau-pulau Melayu, iaitu pada akhir abad ke-13 dan tiga per empat dari abad ke-14. Nyatalah hikayat ini mengandung unsur-unsur yang bersifat mitos setempat tetapi jelas juga bahawa ia berdasarkan fakta sejarah, yang dibuktikan misalnya dengan kewujudan batu nisan Malikul Saleh (nama Merah Silu sesudah memeluk agama Islam) yang masih ada. Ini adalah versi Rumi dari manuskrip versi Jawi hikayat tersebut.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Awang Sulung Merah Muda
Oleh: Pawang Ana, Raja Haji Yahya
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0334-3
Harga: RM13.00
Tentang Produk:
Cerita penglipur lara Melayu mempunyai sifat-sifat yang tertentu. Ceritanya ialah berkenaan dengan seorang tokoh yang istimewa dan perihal pengembaraannya. Tokoh ini selalunya anak raja dan mempunyai sifat-sifat yang istimewa, cantik rupa romannya, indah pakaiannya, gagah berani cendekiawan orangnya, hingga menarik minat segala tuan puteri yang melihatnya. Begitulah pelaku utama cerita yang disajikan di sini iaitu Awang Sulung Merah Muda.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Malim Deman
Oleh: Pawang Ana, Raja Haji Yahya
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0372-5
Harga: RM10.00
Tentang Produk:
Maka apabila kita, manusia abad ke-20 sekarang membaca Hikayat Malim Deman dengan mengingat akan latar belakangnya dan keadaan masyarakat zaman dahulu, dapatlah kita menikmatinya sebagai sebuah hasil sastera yang sangat tinggi mutunya.
- R. Roolvink -
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Si Miskin
Penyelenggara: Abu Bakar Hamid
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0343-5
Harga: RM12.00
Tentang Produk:
Terdapat beberapa naskhah Hikayat Si Miskin. Menurut R.O. Winstedt, di Jakarta terdapat lima naskhah, Leiden mempunyai dua naskhah dan di London pula satu naskhah. Buku ini berdasarkan naskhah J.S.A van Dissel (Leiden, 1897). Hikayat Si Miskin ini selain dalam bahasa Melayu, terdapat juga dalam bahasa Acheh.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Hikayat Pahang
Penyelenggara: Kalthum Jeran
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0351-0
Harga: RM20.00
Tentang Produk:
Hikayat Pahang MS.937 dijadikan teks dasar kajian ini. Teks ini merupakan teks bertulisan Jawi yang memuatkan kisah dan peristiwa yang berlaku di Pahang pada masa pemerintahan Bendahara Ali, Bendahara Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad, yang kemudiannya menjadi Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah, iaitu antara tahun 1832 hinggalah lebih kurang tahun 1932.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178
Judul: Antologi Enam Hikayat
Diusahakan Oleh: Mohd. Yusof Md. Nor
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 978-983-49-0392-3
Harga: RM16.00
Tentang Produk:
Enam hikayat yang terdapat dalam antologi ini ialah; Hikayat Sultan Ibrahim Ibn Adham, Hikayat Abu Syamah, Hikayat Jumjumah, Hikayat Darmata'siah, Hikayat Maharaja Ali dan Hikayat Nakhoda Muda.
Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178