29 March 2017

KRISTAL DI LAUT BULAN



Judul: Kristal di Laut Bulan
Penulis: Siti Zaleha M. Hashim
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 983-62-9269-1
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Kristal di Laut Bulan ialah kumpulan puisi Siti Zaleha M. Hashim yang kedua, sesudah Camar di Cangkir Bumi (1999). Kehadiran kumpulan puisi terbaharunya ini semacam memberi pernyataan bahawa penyair wanita yang mula menulis puisi pada dekad 1970-an ini ialah seorang penyair yang dapat mengukuhkan namanya dalam jalur perpuisian Melayu Malaysia. Selebihnya, kumpulan ini makin mengukuhkan gaya peribadinya sehingga pembaca puisi dapat mengidentifikasikannya? Apakah sewaktu Siti Zaleha M. Hashim menganyam kata-kata pada baris-baris puisinya, dianyamnya juga bunyi, simbol, bahasa figuratif, dan unsur-unsur stilistik yang lain lagi sebagai hiasan untuk mengacu pada estetik puisi? Apakah introspeksi dan introspektif sahaja yang sering mengisi puisi-puisinya atau ruang lingkupnya lebih luas dan besar lagi?

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 


0 comments: