29 March 2017

PASUNGAN



Judul: Pasungan
Penulis: Dahiri Saini
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 978-983-49-0167-7
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
"Aku tidak tahu apa yang perlu kulakukan lagi, berkenaan dengan apa yang telah kami hadapi. Aku telah dipasung merico begitu juga dengan Nasuhah. Itu kata Pak Long padaku. Aku tahu, sesiapa sahaja yang dipasung atau dirasuk merico, pasti tidak tenang hati dan perasaannya. Begitu juga denganku, setiap detik ada sahaja kelibat perempuan bertudung keringkam hitam itu mengekoriku. Dia seperti tidak mahu melepaskan aku, daripada pasungan dan rasukannya...." 

Pasungan berkisar tentang kepercayaan dan amalan menghalau hantu jembalang (merico) yang diamalkan di Sarawak. Das, graduan lepasan universiti luar negara, memandang rendah akan amalan khurafat ini walaupun dia sendiri sebenarnya memiliki kekuatan batin dan bakal mewarisi ilmu perubatan ghaib daripada bapa saudaranya. Setelah mengalami pelbagai kejadian aneh dan memasuki alam ghaib, Das telah didatangi oleh Sunti, makhluk halus yang jatuh cinta kepadanya. Das menolak cinta Sunti demi kasihnya pada Nasuhah dan ini menyebabkan Sunti mendendaminya. Das dan Nasuhah terpasung oleh merico yang didalangi Sunti. Dapatkah mereka dilepaskan daripada rasukan dan pasungan Sunti? Pengakhirannya tidak terduga apabila nyawa yang menjadi galang gantinya.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: