28 March 2017

SAYAP-SAYAP RINDU



Judul: Sayap-Sayap Rindu
Penulis: Raden Puteri
Terbitan: Al Dante Books
ISBN: 978-967-11284-42
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Sukarnya memahami cinta apatah lagi diungkapkan dengan kata-kata. Tiada ertinya menyalahkan Nazrin demi mengungkapkan rasa cintanya dengan simbol dan perlambangan. Apa sahaja kerana cinta bisa membingungkan. Ya ... keris pekaka, pontoh, mimpi-mimpi yang ganjil pada malam hari dan semuanya melingkari keajaiban cinta mereka. 

Definisi cinta Nazrin memberi makna seluruhnya. Dari luhur fikirannya tiada siapa bisa menafikan. 

Tatkala Dena berkelana di bumi Chicago, dia membawa bersama kemelut cinta dua jejaka. Meski di jari manis Dena tersarung cincin tanda ikatan namun separuh jiwanya terawangan seperti sebuah cinta yang tidak bertemu destinasi. Nazrin mahupun Reza masing-masing tegar merebut piala kasih Dena. Bumi Amerika pula membawa kemelut tersendiri. Apakah kesudahannya? Kepada siapakah akhirnya Dena menyerahkan hatinya?

Dan di sebalik semua itu, apakah ada orang yang iri?

Jadi, aku tersenyum. Ya, selain diam, aku senyum. Aku kira, itulah hikmah jika menjadi orang yang sabar dan selalu berasa untung dengan hadiah daripada Tuhan. Perkara mengejutkan dan membingungkan seperti itu juga tidak menghentikan keupayaanku untuk tersenyum. Lucu, ya?” – Dena

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

0 comments: