28 March 2017

CINTA SERI AUR


Judul: Cinta Seri Aur
Penulis: Lee Tan Luck
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 978-983-46-1542-0
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Orang kata, cinta itu buta dan kerana butanya cinta itu, hati Chin Hee hanya tertawan kepada gadis beragama Islam. Tekadnya, Shareen mahu dijadikan suri hidupnya. Namun tentangan orang tuanya dengan alasan perbezaan agama dan bangsa, membunuh impiannya. Dia akur dengan hati kecewa. Gelaran anak derhaka, tidak mahu digalas.

Ditugaskan mengajar di Pulau Seri Aur, matanya hanya melihat Ustazah Nur Afiqah. Dalam diam, dua hati berkongsi rasa yang sama. Malangnya, si gadis telah ditunangkan sejak kecil. Kecewa dengan kenyataan itu, Chin Hee membawa diri. Namun mengenali Fong Peng, luka hatinya bagaikan terubat.

Lima tahun berlalu, Ustazah Nur Afiqah muncul menuntut janji. Rasa bersalah membuatkan Chin Hee dalam dilema; di kanan Fong Peng, di kiri Ustazah Nur Afiqah. Lantas, siapa yang harus dipilih? Sedangkan di tengah-tengah, ada agama Islam sebagai agama suci. Sungguh....dia keliru!


Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

0 comments: