28 March 2017

DOGMA


Judul: Dogma
Penulis: M.Arif
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-0869-483
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Dogma merupakan bicara nubari penulis tentang kebenaran dalam kehidupan sama ada bersangkutan dengan soal kemasyarakatan, patriotisme dan juga kerohanian. Lantas dengan itu, penulis buku ini membahagikan sajak-sajaknya kepada tiga kelompok utama, iaitu "Dogma Salju" yang membawa nafas kemasyarakatan; "Dogma Rindu" yang menyisipkan pesan-pesan tentang cinta akan negara dan "Dogma Kalbu" yang sarat dengan nuansa agama dan ketuhanan.

Penulis berkata yang beliau tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan. Yang beliau ada hanyalah kata-kata daripada bahasa ibundanya. Sepanjang detik hayatnya, busana pejuang bahasa sentiasa tersarung ke tubuh jiwanya. Rintih pedih serta kerikil tajam yang menghiris kaki bahasa ibundanya sangat terkesan kepada atma penulis. Lalu dengan itu, Dogma terlahir daripada perjuangan bahasa ibunda penulis. Bagi penulis, sesuatu yang benar dalam kehidupan ini sewajarnya diakui benar.

Itulah dogma. Berpegang pada yang benar memberi pengajaran terbaik untuk kita.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178 

0 comments: