29 March 2017

IZRAIL SIBUK DI GAZA



Judul: Izrail Sibuk Di Gaza
Penulis: Grup Karyawan Luar Negara
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-357-0
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Antologi ini mengandungi 17 buah cerpen daripada 17 penulis anggota Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Kesemua temanya menghala kepada matlamat yang satu, iaitu mengangkat Islam sebagai agama yang hak, sama ada disedari oleh para penulisnya ataupun tidak.

Sesuai dengan latar penulisnya yang belajar di luar negara, selain mengangkat persoalan sejagat, hampir kesemua cerpen dalam antologi ini mengambil latar tempat di luar negara seperti Kaherah, Turki,dan Gaza.

Cerpen “Izrail Sibuk di Gaza” menyajikan kisah Gaza. Disebabkan oleh banyak orang yang mati di Gaza, ‘adik’ yang tinggal di Gaza ingin menjadi Izrail yang tugasnya mengambil nyawa manusia. Dengan itu ‘adik’ beranggapan bahawa dia tidak akan mati, secara tersiratnya. 

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: