29 March 2017

PEMBERANI



Judul: Pemberani
Penulis: Norhisham Mustaffa
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-066-1
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
Kumpulan cerpen Pemberani mengandungi 16 buah cerpen yang mendukung pelbagai tema. Antara tema yang disentuh oleh Norhisham Mustaffa lewat cerpen-cerpen beliau adalah yang berkaitan keagamaan, kasih saying, politik, kehidupan berumah tangga dan kebejatan moral. Setiap cerpen yang terdapat dalam kumpulan ini ditukangi secara halus dan berseni. Ia dibangunkan dengan gaya penceritaan yang memikat dan penggunaan bahasa yang ampuh. Kemudiannya, cerpen-cerpen ini diakhiri pula oleh pengarangya dengan penuh keyakinan. Walaupun terdapat beberapa buah cerpen yang agak pendek dan isunya yang agak ringan, namun kebijaksaan Norhisham Mustaffa dalam membuat sindiran dan pada masa yang sama bijak pula menyembunyikan kesinisannya, menjadikan cerpen-cerpen ini begitu menarik untuk dibaca.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: