29 March 2017

KONTAL KANTIL



Judul: Kontal Kantil
Penulis: Ismas Saring
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
ISBN: 978-967-430-372-3
Harga: RM 10.00

Tentang Produk:
HAJI SARING SIRAD lebih dikenali dengan nama penanya Ismas Saring. Beliau dilahirkan di Jeram, Selangor pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Tambak Jawa (1950), Sekolah Melayu Jeram (1951), dan Sekolah Menengah Anglo Chinese, Klang (1954).

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang kewartawanan dan penulisan kreatif di International Correspondent School (1976) selain menjalani latihan khusus dalam bidang penulisan pelancongan di Jakarta, Bangkok, dan Frankfurt (1994). Ismas Saring pernah menjadi Special Constable (1956–1959) selain berkhidmat di Pusat Tibi Negara (1964–1966), di majalah Angkatan Baru (1966), di Syarikat Penerbitan Karyawan (1968), di Hospital Besar Klang (1969–1977), serta di Berita Harian (1977–1993).

Beliau juga pernah menjadi penulis kolum “Poskad dari Klang” (Harian Metro), “Nota Orang Lama” (Bacaria), dan “Sudi Mampir” (Sinar Harian). Beliau menghasilkan puisi, cerpen, dan skrip drama. Karya-karyanya itu tersiar dipelbagai media seperti di majalah Gelanggang Filem, Utusan Filem dan Sport, Mastika, Hiboran, Dewan Sastera, Berita Harian, dan sebagainya.

Cerpennya terhimpun dalam antologi Dalam Pencarian (1983), Gelisah (1967), Bunga Gunung (1982), dan Menjunjung Titah Perintah (1984). Puisinya pula terhimpun dalam antologi Tinta Pena (1981), Menjunjung Duli (1985), Temu Puisi (1991), Puisi-puisi Kunjungan (1995), dan Sing Kaya Ngene (1999). Skrip drama pentasnya, “Seruan Damai”, menjadi skrip wajib dalam Pertandingan Drama Kebangsaan (1976–1977) anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sebagai mengiktiraf sumbangannya, beliau dianugerahi PJK oleh Almarhum DYMM Sultan Selangor (1980), Anugerah Budayawan Selangor (2005) dan Anugerah Tokoh Kewartawanan Negeri Selangor (2006) oleh kerajaan Selangor serta Anugerah Seniman Sepanjang Zaman oleh Gelanggang Seni Warisan Pahang (2011).

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp Legasi Oakheart:
+6013.338.5178

0 comments: